Sebanyak 2 kali tampil di TV sejak habis tempoh kuarantin.Tapi PM Muhyiddin masih tdk bercakap tentang perkara ini

Pada hari ini melalui perutusan khas Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan KERAJAAN telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata, PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian kita.

“Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD, katanya” katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Beliau Dilihat Masih Tidak Sentuh Isu Politik
Dua kali PM Muhyiddin Yassin tampil di kaca televisyen membuat perutusan penting sejak kembali dari tempoh kuarantin, sudah tentu jumlah penontonnya juga ramai.

Pada masa sama, PH ketika ini sedang berusaha menggulingkan kerajaan yang dipimpim oleh beliau.

Dalam dua kali ucapannya, PM didapati:

–Tidak menyentuh hal politik

–Tidak menibai PH secara sindir mahupun terang-terangan

Meskipun ini laa peluang besar untuknya menanam kemarahan rakyat terhadap PH.

Apa yang beliau ucap kebanyakkan nya menyentuh hal tentang ekonomi, kesihatan, keselamatan, negara, rakyat, rakyat dan rakyat!!

Dilihat Rata-rata warga netizan menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin ini

“Saya berdoa agar keadaan dapat dikawal sebaiknya” – PM

Jumaat yang lalu PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi.

Seperti ucapan sebelum ini, beliau sudah semestinya menyelitkan unsur-unsur nasihat dan petikan surah al-Quran yang sering menjadi perhatian penonton dan pendengar.

Pada penghujung kata, beliau dan barisan jemaah menteri akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat rakyat selain berdoa agar semua situasi dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku, namun itulah kuasa dan perancangan Allah. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 54.”

“Buat seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama saya dan barisan jemaah menteri saya untuk memastikan negara kita terus maju dan gemilang,”jelasnya lagi.

Saya rasa ramai orang tulis poin-poin penting, terutamanya berkaitan bantuan-bantuan baru kerajaan kepada rakyat, daripada ucapan Perdana Menteri ke-08 #PM8 tadi. Jadi saya tak tulis pasal tu la ye, OKay??

Saya sekadar nak tulis cara cakap PM8 berucap sepanjang PKPCovid19 ni sangat relaks; ada dua elemen yang saya rasa sangat penting iaitu

1)Sentuh hal-hal rakyat sahaja; bagaimana nak jaga diri, bantuan-bantuan kepada rakyat, cara nak jana ekonomi, Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, mak cik Kiah jual pisang goreng, Suami Masak Apa Hari Ni, bla bla bla.

Ucapan ada doa yang dibaca tenang, yang ni terasa dekat di hati.

2)Tak sebut pasal politik kepartian; tak sebut kerajaan sebagai Kerajaan PN, tak sebut pasal Pembangkang walaupun ada je artikel-agenda PH yang viral, tak nampak berpolitik sepanjang PKP ini.

Dan ada sekurang-kurangnya satu kali ada kerendahan diri apabila menyebut ayat berbunyi (lebih kurang) begini “Walaupun kerajaan ini bukan kerajaan pilihan anda, anda harus tahu kerajaan ini sangat komited prihatin untuk menjaga rakyat…” Dan ada elemen memohon maaf daripada rakyat. Ingat tak?

Sekadar pemerhatian saya, sebagai seorang rakyat marhaen sahaja. Sebab saya rasa, PM8 ni tampak abah-abah betul. Macam abah jaga anak. Rasa rilek dengar ucapannya, tak rasa kelam-kabut risau…
PM8 hantar hadiah kepada Sugu Pavithra, ingat? Oh, ini sangat win

Moga cepat Allah hilangkan pandemik Covid19 ini dari muka bumi. Tak larat dah tengok insan-insan mulia berkorban berjuang menjadi barisan hadapan… Dan tak larat dah tengok sebilangan manusia yang hentam sana-sini menuding jari. Kita ini sesama manusia, be

Sama-sama laa kita doakan semoga TS Muhyiddin sentiasa dalam rahmat Allah dan di permudahkan segala urusan untuk mentadbir negara Malaysia tercinta ini…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :trendingsangat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Hiburan Terkini Tempatan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Sebanyak 2 kali tampil di TV sejak habis tempoh kuarantin.Tapi PM Muhyiddin masih tdk bercakap tentang perkara ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares